Assamualaikum ...
Lamanya aku x update blog nih sunyi sepi jer blog aku ini ... dulu beria-ia nak buat blog bila da pandai sikit ... mula la sifat malas tue datang ... hu3 . Tapi xpe lps nih aku akan update sekerap yang mungkin sekiranya aku free la ... ha3
Untuk pengetahuan korang .... tak lama lagi aku akan mengerjakan umrah bersama mak dan ayah. Alhamdulillah tercapai juga niat dan hasrat nak jejak kaki ke rumah Allah bersama mak dan ayah. Moga Allah permudahkan segala urusanku ketika disana nanti.Gembira tak terkata. Semua barang da siap tinggal sikit-sikit jer lagi nk top up. Barang penting da get ready da ..
So bermulalah kelas belajar umrah di surau kampungku. Kali ini aku pergi dengan Syarikat Juara Travel. Kelas bermula setiap hari sabtu selepas maghrib, so setiap minggu la aku akan balik kampung untuk belajar, al maklumlah aku ini bukan pandai sangat bab mengerjakan umrah oleh itu sebelum pergi kenalah ade ilmu, x gitu citernye .
Pada 8.1.2014 , pihak juara travel telah memberi sedikit taklimat mengenai tarikh perjalanan dan segala yang berkaitan dengan umrah kami. Kemudian, kelas pertama pun bermula pada 15.1.2014, segala apa yang diterangkan oleh ustaz senang difahami.